PROGRAM@PSNZ : 17 DISEMBER 2025 – SEMBANG ILMU SIRI 4/2025.
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu dengan Kerjasama AZKA-PPZ MAIWP telah menganjurkan program bual bicara bertajuk “Wanita dan Wang: Strategi Bina Ketenangan Hidup”. Program kali ini menampilkan Prof. Madya Dr. Zairihan binti Abdul Halim, Timbalan Dekan (Bakat dan Penyelidikan), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT sebagai panel jemputan, bersama Puan Norsollehah binti Ahmad, Pustakawan kanan PSNZ sebagai moderator.
