Program Podcast Borak Buku: Diary of a CEO (Diari Seorang CEO) telah dipilih oleh Encik Ahmad Abdul Rahim bin Alias, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan. Beliau telah mengupas intipati dan pengajaran utama daripada buku tersebut yang menekankan realiti sebenar dunia kepimpinan, kejayaan dan kegagalan seorang CEO.
Perkongsian turut menyentuh aspek minda keusahawanan, disiplin diri, pengurusan emosi, serta kepentingan nilai integriti dan pembelajaran berterusan dalam membina kejayaan jangka panjang. Melalui perkongsian ini, peserta memperoleh perspektif baharu tentang makna kejayaan sebenar dan inspirasi untuk memperbaiki diri sama ada dalam kerjaya, kepimpinan mahupun kehidupan seharian.