Pertandingan TikTok : Speed Reading bertujuan untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar dan staf melalui pendekatan kreatif menggunakan platform media sosial. Program ini juga menggalakkan kemahiran membaca pantas (speed reading) sebagai cara memperoleh maklumat dengan lebih efisien, di samping memupuk kreativiti dan kemahiran komunikasi digital peserta melalui penghasilan video pendek yang menarik. Selain itu, pertandingan ini berperanan mempromosikan perpustakaan sebagai pusat pembelajaran dinamik, mewujudkan semangat persaingan sihat, serta menyokong usaha memperkukuh budaya literasi maklumat dan digital dalam kalangan warga kampus.