JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM SEMBANG ILMU SIRI 2 DENGAN KERJASAMA AKADEMI ZAKAT (AZKA-PPZ) MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP).
Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Akademi Zakat (AZKA-PPZ) MAIWP akan menganjurkan Program Sembang Ilmu Siri 2 seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 15 Ogos 2024 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.30 petang
Tajuk : “ Kaedah Pengurusan Harta : Hutang Kepada Allah VS Hutang Kepada Manusia “
Penceramah : Dr. Jaharudin bin Padli Al-Banjari, Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu
Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari untuk menyertai program ini secara atas talian serta mengambil manfaat daripada perkongsian ilmu yang akan disampaikan.
* Kehadiran ke program ini dikira jam latihan (staf) & Merit MyStar (pelajar) kepada Warga UMT.
* e-sijil disertakan
4. Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.