Program Sembang Ilmu Siri 1 2026 – “Produktif Tanpa Tekanan: Mencari Titik Keseimbangan”
Program bual bicara “Produktif Tanpa Tekanan: Mencari Titik Keseimbangan” telah berjaya dianjurkan oleh Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama AZKA-PPZ MAIWP. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga keseimbangan antara produktiviti, kesihatan mental dan kesejahteraan diri dalam menghadapi tuntutan kehidupan seharian.
Sesi ini menampilkan Puan Hainany Idayu binti Yazid, Ketua Pusat Kaunseling dan Kesejahteraan Mahasiswa, Pejabat Hal Ehwal Pelajar UMT sebagai panel jemputan, manakala Encik Mohd Shahrulnizam bin Zuraimi, Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah UMT bertindak sebagai moderator. Melalui perkongsian yang interaktif dan praktikal, para peserta memperoleh panduan serta strategi untuk mengurus tekanan dengan lebih berkesan, di samping membina gaya hidup yang lebih seimbang, produktif dan sejahtera.