Pengurusan Strategik & Kelestarian Ilmu

PROGRAM@PSNZ : 17 DISEMBER 2025 – SEMBANG ILMU SIRI 4/2025.

Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu dengan Kerjasama AZKA-PPZ MAIWP telah menganjurkan program bual bicara bertajuk “Wanita dan Wang: Strategi Bina Ketenangan Hidup”. Program kali ini menampilkan Prof. Madya Dr. Zairihan binti Abdul Halim, Timbalan Dekan (Bakat dan Penyelidikan), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT sebagai panel jemputan, bersama Puan Norsollehah binti Ahmad, Pustakawan kanan PSNZ sebagai moderator.
 
Dalam sesi ini, peserta didedahkan tentang strategi pengurusan kewangan bagi membina ketenangan hidup wanita.
 
Program ini berjaya menarik penyertaan ramai warga UMT yang turut bertanya dan berkongsi pengalaman sepanjang sesi berlangsung. PSNZ berharap penganjuran seperti ini dapat Semoga program ini dapat memberi manfaat dan membuka mata kita untuk menjadi lebih bijak.
 
@officialumt
UMT – Universiti Malaysia Terengganu