Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu dengan Kerjasama AZKA-PPZ MAIWP telah menganjurkan program bual bicara bertajuk “Cabaran Pengurusan Kewangan Masa Kini : Realiti & Solusi”. Program kali ini menampilkan Encik Mohd Azizuddin bin Abdullah, Ketua Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Kuala Terengganu sebagai panel jemputan, bersama Puan Wan Najihah binti Wan Muhammad, Pustakawan PSNZ sebagai moderator.
Dalam sesi ini, peserta didedahkan tentang realiti kewangan yang sedang dihadapi oleh masyarakat, strategi menangani tekanan kos sara hidup, serta solusi praktikal yang boleh terus diamalkan.
Program ini berjaya menarik penyertaan ramai warga UMT yang turut bertanya dan berkongsi pengalaman sepanjang sesi berlangsung. PSNZ berharap penganjuran seperti ini dapat Semoga program ini dapat memberi manfaat dan membuka mata kita untuk menjadi lebih bijak dalam mengurus kewangan serta mengelak terjebak dalam masalah hutang yang membebankan.