Pengurusan Strategik & Kelestarian Ilmu

Read@Uni Tahun 2024

Jom Baca 10 Minit

Program Jom Baca 10 minit yang telah diadakan disekitar kampus dan perpustakaan adalah bagi memberikan sokongan terhadap kepentingan membaca dan mereka berhenti sebentar daripada melakukan aktiviti rutin selain membaca untuk tempoh 10 minit. Diadakan pada tarikh 23 April 2024 di sekitar Kampus UMT dengan penyertaan seramai 280 orang meliputi pelajar dan staf UMT.

Program Sembang Ilmu - "Pengurusan Harta Pusaka & Harta Orang Islam Menurut Syarak"

Program Sembang Ilmu ini merupakan program yang julung kali diadakan dengan konsep “talk show” secara hybrid di AZKA Corner PSNZ dan aplikasi Webex serta disiarkan secara langsung melalui laman media sosial Facebook rasmi PSNZ. Program ini adalah bertepatan dengan hasrat pihak pengurusan Universiti untuk menyokong aktiviti pemindahan ilmu di kalangan warga UMT dan masyarakat setempat.

Program Bicara Buku Bersama Penulis (Read@Uni) - "REVOLUSI BAHASA DAN ASAS TAMADUN"

Program Resensi Buku bersama penulis ini diadakan bagi tujuan perkongsian mengenai buku “REVOLUSI BAHASA & ASAS TAMADUN” yang memperlihatkan perkembangan sejarah bahasa dalam tamadun awal manusia menerusi bukti sejarah yang ditinggalkan seperti batu bersurat epik Gilgamesh yang berusia sekitar 4000 tahun Sebelum Masihi. Menerusi bukti tersebut dapat dikesan penggunaan bahasa Mesopotamia terawal, iaitu bahasa Akkadiah yang ditulis dalam tulisan paku (Mismariyah). Diadakan di Auditorium Sulaiman, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT pada tarikh 18 Julai 2024 dengan penyertaan seramai 256 peserta.

Program Sembang Ilmu - Kaedah Pengurusan Harta : "Hutang Kepada Allah Vs Hutang Kepada Manusia"